Cari @ Amanz

Adobe Lightroom ialah perisian grafik yang kami kerap gunakan bagi melakukan suntingan gambar. Terdapat banyak fungsi di dalam perisian ini seperti suntingan RAW yang mengubah rupa asal gambar yang diambil. Tetapi sesiapa yang pernah menggunakan Lightroom pasti merungut ia mempunyai masalah prestasi sekiranya komputer yang kurang berkuasa digunakan.

Pihak Adobe menyedari rungutan pengguna dan bertekad untuk menyelesaikan masalah prestasi yang membuatkan aplikasi terasa “berat” untuk digunakan. Bagi menyelesaikan masalah ini mereka mengumpul maklumat mengenai komputer yang digunakan untuk menjalankan Lightroom. Borang pungutan suara Adobe Lightroom ini boleh diakses melalui pautan di bawah. Sekiranya anda mahu melihat prestasi perisian ini diperbaiki, sila isi borang pungutan suara di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd