Cari @ Amanz

Bagi anda yang menggunakan produk Apple, mungkin sedar akan yang mana anda memerlukan kad kredit atau debit untuk melakukan pembelian di App Store, Apple Music, iTunes dan juga iBooks. Walaubagaimanapun, kini perkara berkenaan berubah sedikit, apabila ciri pembayaran melalui PayPal turut telah mula ditambah di beberapa buah negara.

PayPal iTunes

PayPal ditawarkan sebagai alternatif untuk bayaran di iTunes, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada anda dalam membeli kandungan di iTunes. Memandangkan anda boleh menerima dana daripada pengguna lain di PayPal – maka ia mungkin memudahkan proses pembelian untuk mereka yang tidak mempunyai kad kredit atau debit, dan pada masa yang sama para ibu bapa turut boleh memberikan dana untuk anak-anak mereka membelanjakan di iTunes.

Menurut PayPal, ciri ini hanya aktif di Kanada dan Mexico sahaja buat masa ini, dan dijangka diperluaskan ke negara-negara lain secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd