Pengguna U Mobile Mungkin Mengalami Gangguan Disebabkan Naik-Taraf Pada Julai Dan Ogos Ini

Pengguna U Mobile Mungkin Mengalami Gangguan Disebabkan Naik-Taraf Pada Julai Dan Ogos Ini

Diterbitkan pada July 13, 2017 oleh .

U Mobile hari ini mengumumkan yang mana mereka sedang membuat proses penyelengaraan dan penaik-tarafan sistem. Dengan proses ini, sejumlah pengguna mungkin mengalami gangguan perkhidmatan pada beberapa tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut U Mobile, pengguna mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan pada 18 Julai, 3 Ogos, 8 Ogos atau 9 Ogos. Proses penyelangaraan dijangka dilakukan antara tengah malam sehingga 6.30 pagi untuk minimakan gangguan terhadap pelanggan.

Seperti biasa, bukan semua kawasan yang akan terlibat ketika sesuatu tarikh berkenaan. U Mobile mengatakan semua perkhidmatan akan dibaik-pulih sepenuhnya menjelang 10 Ogos 2017 kelak.


TIPS & ULASAN