LG Bakal Melancarkan LG V30 Pada 31 Ogos 2017
LG

LG Bakal Melancarkan LG V30 Pada 31 Ogos 2017

Diterbitkan pada July 13, 2017 oleh .

LG pada setiap tahun akan memperkenalkan dua telefon pintar utama, iaitu dibawah siri-G dan juga dibawah siri-V. Kini, selepas LG G6 dilancarkan pada awal tahun ini, LG dalam persiapan untuk melancarkan telefon pintar mereka yang seterusnya yang dinantikan ramai, iaitu LG V30.

LG V30 dijangka akan dilancarkan pada 31 Ogos 2017 kelak bersempena dengan acara tahunan IFA. Telefon pintar ini dijangka dilengkapi dengan cip Snapdragon 835, serta menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, termasuk sokongan audio berkualiti tinggi.

LG V30

Walaubagaimanapun, beberapa desas-desus turut mengatakan LG mungkin membuang skrin kedua yang menjadi sinonim dengan siri-V sebelum ini.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 31 Ogos 2017 ini untuk pelancaran rasminya.


TIPS & ULASAN