Cari @ Amanz

WhatsApp untuk Android telah menguji kebolehan menghantar sebarang format fail melalui perkhidmatan berkenaan pada versi beta sebelum ini. Hari ini, ciri berkenaan telah mula diperkenalkan untuk semua pengguna melalui versi stabil aplikasi berkenaan.

Melalui ciri baru ini, pengguna boleh menghantar sebarang jenis format fail, termasuk ZIP, APK dan sebagainya. Kebolehan baru ini juga kini memudahkan pengguna untuk menghantar gambar pada resolusi tinggi melalui aplikasi berkenaan dengan memilih untuk menghantar JPG.

WhatsApp Gambar

Pengguna Android boleh menghantar fail bersaiz sehingga 100MB melalui aplikasi berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, anda boleh mengemaskini aplikasi hari ini, dan menggunakan ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd