Cari @ Amanz

Sukan SEA 2017 bakal berlangsung tidak lama lagi di Kuala Lumpur, dan bersempena dengannya hari ini kerajaan telah melancarkan aplikasi rasmi untuknya dinamakan sebagai KL2017.

Kuala Lumpur 2017

Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna peranti Android dan juga iPhone – dimana melaluinya pengguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa dari segi berita, video, mahupun skor semasa selepas acara sukan berkenaan dimulakan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini dan mengikuti pelbagai perkembangan semasa dengan lebih mudah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd