Cari @ Amanz

Microsoft pada bulan Mei lepas telah mempertontonkan kebolehan terjemahan masa-nyata pada PowerPoint, dinamakan sebagai Microsoft Presentation Translator. Ketika pengenalan, ia hanya ditawarkan dalam penawaran beta tertutup dan perlu membuat pendaftaran untuk mengujinya.

Microsoft Presentation Translator

Microsoft Presentation Translator

Hari ini, ciri berkenaan diperkenalkan kepada semua sebagai sebuah pemalam khusus untuk PowerPoint. Melalui kebolehan terjemahan masa-nyata ini, ia menawarkan terjemahan masa-nyata dalam bentuk sari kata ketika anda sedang membuat pembentangan – sekaligus memudahkan penyampaian anda ketika membentang kepada mereka yang berbeza bahasa.

Langkah ini sekaligus memudahkan anda mengikuti sebarang pembentangan walaupun berbeza bahasa penyampaiannya.

Bagi anda yang berminat dan aktif menggunakan PowerPoint, anda boleh memuat-turun pemalam ini hari ini dan mencubanya sendiri.

Microsoft Presentation Translator

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd