Cari @ Amanz

The International merupakan acara tahunan yang memperlihatkan pelbagai pasukan e-sukan terkemuka dari dunia bersaing dalam permainan Dota 2 daripada Valve. Ia telah berlangsung sejak beberapa tahun yang lepas, dimana ganjaran hadiah untuknya dikumpulkan melalui sebahagian daripada pembelian peminat Dota dari seluruh dunia.

Terkini, untuk tahun 2017, The International telah mengumpulkan hadiah bernilai lebih $20.8 juta – sekaligus melangkaui nilai yang ditawarkan pada 2016 iaitu sekitar $20.7 juta. Nilai ini masih bukan nilai akhir lagi memandangkan masih berbaki sekitar sebulan lagi sebelum jumlah penawaran hadiah akhir diumumkan.

The International 2017 akan berlangsung bermula 7 Ogos 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd