Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini sedia mengintegrasikan aplikasi Flipboard pada peranti mereka dalam memudahkan pengguna untuk mengikuti perkembangan harian dengan mudah. Walaubagaimanapun, ciri-cirinya terhad dan tidak begitu menyeluruh.

Terkini, Samsung dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi baru yang News Today, dan dijangka diperkenalkan bersama-sama Galaxy Note 8 kelak.

Menurut SamMobile, aplikasi ini turut dijangka akan menyokong podcast bagi memudahkan pengguna untuk membuat carian dan melanggan kepada saluran podcast melaluinya. Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan arahan suara Bixby untuk memainkan sesuatu podcast.

Selain Samsung, Apple turut mempunyai penawaran Apple News mereka sendiri – selain Google dengan Google NewsStand. Memandangkan Samsung turut diura-ura akan memperkenalkan sebuah speaker pintar dikuasakan Bixby, maka aplikasi ini turut dijangka memainkan peranan utama sekaligus memudahkan pengguna mengikuti pelbagai berita semasa dan mendengar podcast melaluinya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd