Touch ‘n Go Bakal Memperkenalkan Platform Digital Untuk Jual-Beli Pada Tahun Hadapan

Touch ‘n Go Bakal Memperkenalkan Platform Digital Untuk Jual-Beli Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada July 14, 2017 oleh .

Touch ‘n Go pada hari ini digunakan oleh lebih 18.5 juta pengguna setahun – sekaligus memperlihatkan penggunaan yang tinggi dikalangan pengguna tempatan. Kebiasaannya, ia digunakan untuk tujuan pembayaran tol di lebuhraya, untuk pengangkutan dan kini turut telah diperluaskan kepada kegunaan runcit.

Bercakap mengenainya, pihak Touch ‘n Go kini mengatakan mereka akan memperkenalkan sebuah platform digital baru untuk memudahkan urusan jual beli di seluruh negara – sekaligus membawa kepada kemudahan transaksi tanpa tunai.

Buat masa ini, ia dikenali dengan nama Touch ‘n Go e-Wallet, dan sedang melalui pengesahan pihak Bank Negara. Perkhidmatan baru ini juga turut telah diuji di Taman Tun Dr Ismail sejak dua bulan yang lepas – sekaligus membolehkan kedai runcit, restoran, dan pasar menggunakannya untuk menerima bayaran.

Ia dikatakan pengguna bukan sahaja boleh menggunakan kad untuk pembayaran, tetapi turut menggunakan telefon pintar. Sebelum ini sendiri, Touch ‘n Go telah menguji aplikasi pembayaran mereka dalam bentuk beta tertutup.

Buat masa ini, bercakap mengenai pembayaran tanpa tunai menggunakan telefon pintar – antara perkhidmatan yang menyokong pengguna tempatan adalah termasuk Samsung Pay, Maybank Pay, dan juga CIMB Pay.


TIPS & ULASAN