Facebook Dilaporkan Merancang Untuk Memperkenalkan Set Realiti-Maya Beroperasi Kendiri Pada 2018

Facebook Dilaporkan Merancang Untuk Memperkenalkan Set Realiti-Maya Beroperasi Kendiri Pada 2018

Diterbitkan pada July 14, 2017 oleh .

Facebook melalui Oculus telah berkongsi sebelum ini yang mana mereka sedang membangunkan set realiti-maya yang boleh beroperasi secara kendiri. Kini, laporan lanjut hadir mengatakan Oculus akan memperkenalkan ia seawal 2018 kelak.

Set realiti-maya ini boleh beroperasi secara kendiri tanpa perlu berhubung kepada komputer atau telefon pintar. Ia dijangka akan dijana cip pemprosesan Snapdragon, dan mungkin berharga sekitar $200 (~RM858).

Oculus Baru

Facebook juga dilihat mempunyai perancangan yang baik untuk pemasaran set realiti-maya ini. Ia dikatakan akan menggunakan jenama Oculus di kebanyakkan negara – selain mana akan turut bekerjasama dengan Xiaomi untuk pengeluaran dan pemasaran di China. Langkah ini mungkin mudah, memandangkan Hugo Barra yang kini mengetuai pembangunan Oculus turut bekerja di Xiaomi sebelum ini.

Facebook dikatakan akan mula berkongsi perancangan dengan penerbit kandungan termasuk perekabentuk permainan menjelang Oktober kelak, supaya kandungan yahng tersedia untuknya akan mencukupi apabila dilancarkan pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN