Ini Mungkin Rekaan Hadapan Samsung Galaxy Note 8

Ini Mungkin Rekaan Hadapan Samsung Galaxy Note 8

Diterbitkan pada July 14, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note 8 ialah peranti yang dinantikan peminat phablet dengan sokongan stylus. Terdapat ramai pengguna profesional yang memerlukan sokongan stylus bagi memudahkan tugasan di pejabat. Samsung semalam mengeluarkan imej promosi untuk pemproses Exynos 9 mereka. Menarik sekali peranti yang digunakan untuk mempromosikan Exynos 8895 ini tidak pernah dilihat sebelum ini.

Spekulasi mula mengatakan ini mungkin imej rasmi pertama Galaxy Note 8. Rekaan yang lebih berkotak ini menyerupai rekaan Note 7 tahun lalu. Pada waktu yang sama skrin Infinity Display S8 digunakan. Sebelum ini rekaannya tertiris menerusi kerangka keluaran Olixar. Samsung Galaxy Note 8 dipercayai akan dilancarkan pada bulan Ogos dan mula dijual awal September.


TIPS & ULASAN