Cari @ Amanz

Pengecasan tanpa wayar pertama kali digunakan pada  komputer keluaran Dell pada tahun 2009 dengan Dell Latitude Z. Sistem pengecasan ini diperkenalkan semula pada Dell Latitude 7285 yang diperlihatkan di acara CES 2017 Januari yang lalu.

Selepas setengah tahun, Dell Latitude 7285 akhirnya mula dijual di Amerika Syarikat. Ia dilengkapi skrin 12″ HD penuh, pemproses Intel Core-i5-7Y54, memori sebesar 8GB RAM dan storan 128 GB. Harga jualan bermula dari $1200 (~RM 5150) sebuah. Ini tidak termasuk papan kekunci yang diperlukan bagi pengecasan tanpa wayar dan pad pengecasan tanpa wayar. Kedua-dua aksesori tambahan ini dijual pada harga $550 (~RM 2360).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd