Cari @ Amanz

Sistem pemfokusan berasaskan laser pertama kali dilihat pada LG G3. Dengan teknologi ini, kamera boleh memfokus objek dengan lebih pantas. Ia kini digunakan secara meluas pada peranti Android. Ia walaubagaimanapun masih belum digunakan pada iPhone. Ura-ura mula kedengaran ia mungkin akhirnya digunakan pada iPhone 8.

Menurut laporan FastCompany yang memetik sumber dalaman Apple, iPhone 8 akan dilengkapi sistem pemfokusan laser 3D VCSEL (Vertical-Cavity Surface-Emitting Laser). Sistem ini berbeza bukan sahaja akan mempercepatkan proses pemfokusan iPhone (yang lebih perlahan berbanding pada S8 misalnya) tetapi akan memudahkan pengiraan jarak objek dari peranti untuk aplikasi Augmented Reality (AR). Ura-ura ini diperkukuhkan lagi dengan bukti Apple memesan komponen dari Lumentum dan Finisar, dua syarikat yang menghasilkan VCSEL

Apple sedang serius membangunkan teknologi AR menerusi ARKit yang diperlihatkan di acara WWDC Jun yang lalu. Malahan Tim Cook dipetik mengatakan AR adalah lebih penting berbanding realiti maya yang difokuskan pada platform Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd