Cari @ Amanz

Kabin tidur di dalam kereta api telah ditawarkan di Malaysia sejak berpuluh tahun. Koc Senandung Malam KTM membolehkan penumpang tidur sepanjang perjalanan ke destinasi. Di Amerika Syarikat kini wujud syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres dengan kabin tidur peribadi.

Cabin akan memulakan operasi pada penghujung bulan ini dan ia dilengkapi kabin tidur peribadi untuk penumpang. Setakat ini hanya perjalanan dari Los Angeles ke San Francisco ditawarkan. Setiap kabin dilengkapi katil empuk, lampu membaca, palam elektrik dan WiFi percuma. Terdapat kemudahan bilik mandi dan dek untuk makan minum.

Sebanyak 24 penumpang boleh dibawa di dalam bas dua tingkat yang digunakan oleh Cabin. Seorang “pramugari” juga ditugaskan bagi melayan penumpang di dalam perjalanan selama lapan jam di antara destinasi ini. Harga tiket ialah $230 (~RM 988) untuk perjalanan dua hala.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd