Leagoo KIICAA Power Dilancarkan – Peranti Dwi-Kamera Mampu Milik

Leagoo KIICAA Power Dilancarkan – Peranti Dwi-Kamera Mampu Milik

Diterbitkan pada July 14, 2017 oleh .

Pengimbas cap jari dan kemasan logam pernah suatu ketika hanya ditawarkan pada peranti utama. Pada tahun ini kedua-duanya sudah menjadi kebiasaan pada peranti kelas permulaan. Leagoo merasakan sistem dwi-kamera turut perlu dijadikan standard pada peranti kelas permulaan. Oleh itu Leagoo KIICAA Power dilancarkan

Leagoo KIICAA Power dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses MediaTek MT6580A, memori sebesar 2 GB dan storan 16 GB. Kamera utama pada bahagian belakang dilengkapi sensor 8+5 Megapixel. Pengimbas cap jari berbentuk bulat turut diletakkan pada panel belakang. Peranti ini bersaiz kecil tetapi dilengkapi bateri 4000 mAh tetapi hanya menyokong pengecasan 5V 1.5 A, Harga jualan bagi Leagoo KIICAA Power yang menggunakan Android 7.0 ini ialah $69.99 (~RM 300) sebuah.


TIPS & ULASAN