Siri Galaxy J 2017 Kini Di Malaysia – Meliputi J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro

Siri Galaxy J 2017 Kini Di Malaysia – Meliputi J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro

Diterbitkan pada July 14, 2017 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar dibawah siri Galaxy J (2017) untuk pasaran tempatan. Dibawah siri Galaxy J ini, sebanyak tiga peranti ditawarkan, iaitu Galaxy J3 Pro, Galaxy J5 Pro, dan juga Galaxy J7 Pro.

Apa yang menariknya melalui penawaran untuk Galaxy J 2017 di Malaysia adalah dimana Samsung menawarkan jaminan selama dua tahun. Walaubagaimanapun, ini hanya untuk mereka yang mendapatkan peranti berkenaan sebelum 30 September 2017 sahaja.

Galaxy J 2017

Diantara ketiga-tiganya, Galaxy J3 Pro membawakan tanda harga paling rendah, iaitu RM699. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.0-inci dengan paparan HD dan menggunakan panel TFT, cip empat-teras 1.4Ghz,memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD, dan bateri berkapasiti 2400mAh. Samsung turut melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Galaxy J5 Pro pula ditawarkan pada harga RM1149. Ia telah ditawarkan lebih awal – iaitu sejak minggu lepas, hadir dengan skrin 5.2-inci dengan paparan HD, memori 3GB RAM, storan 32GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro-SD, kamera depan dan belakang 13-megapixel, serta bateri berkapasiti 3000mAh.

Galaxy J7 Pro pula hadir pada harga RM1299. Peranti ini hadir dengan spesifikasi paling tinggi, iaitu skrin 5.5-inci 1080p dengan panel Super AMOLED, cip lapan-teras 1.6Ghz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia menggunakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel, serta bateri berkapasiti 3600mAh.

Siri Galaxy J 2017 ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan menggunakan rekaan kerangka logam. Bagi anda yang berminat, anda sudah boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula hari ini.


TIPS & ULASAN