Cari @ Amanz

LG V20 telah dilancarkan secara rasmi pada September 2016 yang lepas, dan kini ia dilihat telah dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pihak LG Malaysia. Beberapa pengedar tempatan telah mula menawarkannya bermula hari ini pada harga RM1999.

LG V20 meneruskan legasi LG V10, dimana ia menawarkan skrin kedua pada bahagian hadapan dalam memudahkan pengguna mengikuti pelbagai notifikasi. Penawaran lebih kurang seperti ini turut dilakukan oleh HTC melalui telefon pintar terbaru mereka pada tahun ini.

Dari segi spesifikasi, LG V20 menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 1440×2560 pixel, menggunakan cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

LG V20 turut menjalankan sistem operasi Android 7.0, menyokong dwi-SIM, dan menggunakan bateri berkapasiti 3200mAh.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan LG V20 ini memandangkan pelancaran LG V30 sangat hampir?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd