Gran Turismo Sport Akan Ditawarkan Bermula 17 Oktober Untuk PlayStation 4

Diterbitkan pada July 15, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat sejumlah permainan lumba kereta pada PlayStation 4, dan salah satu yang popular adalah Gran Turismo Sport. Terkini, pembangunnya telah pun mengumumkan yang mana Gran Turismo Sport bakal ditawarkan untuk pemain PlayStation 4 bermula 17 OKtober kelak.

Permainan ini akan menawarkan tiga mod permainan, iaitu Campaign, Sports Mode dan juga Arcade Mode. Permainan ini dilengkapi dengan lebih 177 buah kereta, dan 19 lokasi untuk anda pilih.

Permainan ini akan ditawarkan dalam beberapa variasi yang menawarkan kandungan tambahan dan sebagainya. Di Malaysia, versi digital akan dijual pada harga bermula RM219, sementara versi fizikal pada harga bermula RM229.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami