Cari @ Amanz

Di acara D23 yang berlangsung hujung minggu ini, akhirnya tarikh pelancaran Kingdom Hearts III diumumkan. Ia kini disahkan akan menemui peminat pada tahun 2018. Permainan yang pertama kali  kedengaran ura-ura pembangunannya pada tahun 2006 ini hanya muncul dalam bentuk trailer pada tahun 2013.

Turut diperlihatkan di dalam trailer terkini di atas ialah dunia Toy Story. Permainan KH memaparkan watak dari siri animasi Disney dengan estetik dunia Final Fantasy. Ia antara permainan RPG yang mempunyai jumlah peminat fanatik yang besar. Penantian akan berakhir tahun hadapan. Sudah tiba masanya untuk mengasah Keyblade Sora di platform PlayStation 4 dan Xbox One.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd