Bangunan Boleh Lipat Mudah Alih Seperti MCV Command And Conquer Kini Realiti

Bangunan Boleh Lipat Mudah Alih Seperti MCV Command And Conquer Kini Realiti

Diterbitkan pada July 16, 2017 oleh .

Terdapat banyak idea fiksyen sains telah menjadi realiti. Komputer tablet dari filem 2001 A Space Odyssey kini wujud sebagai iPad. Babel Fish A Hitchhiker’s Guide To Galaxy pula wujud sebagai aplikasi Google Translate. Bagi mereka yang mahukan bangunan boleh lipat mudah alih seperti Mobile Construction Vehicle (MCV) di dalam permainan video Command and Conquer, ia kini dibangunkan firma Ten Fold.

Bangunan boleh lipat Ten Fold boleh berubah menjadi sebuah rumah dalam masa 10 minit. Ia boleh dibawa ke mana-mana destinasi menggunakan sebuah treler panjang. Mereka mempunyai beberapa rekaan seperti bangunan empat segi dan juga rumah pokok dua tingkat. Terdapat juga perancangan untuk menyusun setiap unit secara modular bagi membina bangunan bertingkat.

Kos setiap unit bangunan boleh lipat Ten Fold bermula dari $130,000 sebuah. Rekaan bangunan boleh lipat ini masih lagi di peringkat prototaip dan masih belum sedia dijual secara komersial.


TIPS & ULASAN