Google Play Mula Menujukkan Maklumat Harga Langganan Pada Laman Aplikasi

Google Play Mula Menujukkan Maklumat Harga Langganan Pada Laman Aplikasi

Diterbitkan pada July 16, 2017 oleh .

Terdapat banyak aplikasi dengan bayaran langganan bulanan di Google Play. Sedikit menjengkelkan bayaran bulanan ini hanya boleh diketahui selepas aplikasi di muat turun pada peranti. Google Play kini dilihat sedang menguji paparan harga langganan bulanan serta peringatan tarikh bayaran seterusnya terus pada laman aplikasi.

Fungsi baru ini diuji pada sebahagian kecil pengguna buat masa ini. Tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan kepada semua di masa hadapan. Kami berharap ia akan menjadi fungsi tetap kerana memudahkan perancangan kewangan bulanan.

Terima kasih @graynoize untuk tip ini


TIPS & ULASAN