Cari @ Amanz

Pada acara yang diadakan oleh Disney pada penghujung minggu, sejumlah perkara telah dikongsikan mereka, termasuk permainan akan datang. Bersama-sama padanya, pihak Lenovo dan Lucasfilem turut mengambil peluang untuk mengumumkan kerjasama untuk penawaran realiti-maya.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia merupakan set realiti-maya yang beroperasi berasaskan kepada penggunaan telefon pintar, selain mungkin hadir dengan alat kawalan khusus seumpama pedang lazer.

Lenovo menamakannya sebagai Star Wars : Jedi Challenges, dimana pengguna boleh memainkan watak Jedi melaluinya.

Info penuh mengenai penawaran ini masih menjadi tanda tanya, dan mungkin dikongsikan Lenovo dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd