Carian
Neffos X1 Lite Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Hadapan
July 17, 2017 Effi Saharudin

Neffos X1 dilancarkan di Malaysia pada Januari yang lalu pada harga yang amat mampu milik. Kami memuji kemampuan kameranya yang agak baik bagi peranti yang dijual pada harga di bawah RM800. Bagi yang merasakan harga jualannya masih lagi mahal, Neffos X1 Lite akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 25 Julai hadapan.

Neffos X1 Lite dilengkapi skrin 5″ HD dan diperkasakan pemproses MediaTek MT6750. Ini adalah perubahan dari MediaTek Helio P10 pada Neffox X1. Ia turut dilengkapi memori sebesar 2GB RAM, storan 16 GB, kamera hadapan 5-Megapixel dan kamera utama 13-Megapixel. Bateri sebesar 2550 mAh turut dikekalkan.

Tiada maklumat mengenai harga jualannya setakat ini tetapi pasti lebih mampu milik kerana menggunakan pemproses yang berspesifikasi lebih rendah.

Komen