Cari @ Amanz

Ketika membesar di dekad 90an, siri Fatal Fury adalah permainan beat ’em up yang popular selain daripada Street Fighter dan Mortal Kombat. Geese Howard pula ialah antagonis terakhir yang perlu dikalahkan pemain. Watak beliau kemudian muncul di dalam siri King of Fighting dan kini melompat ke siri Tekken.

Geese Howard baru sahaja diumumkan sebagai watak DLC terkini untuk Tekken 7. Peminat KOF perlu menunggu sehingga musim sejuk akan datang sebelum Geese Howard boleh dimuat turun. Mungkin selepas ini lebih banyak watak siri SNK boleh muncul di dalam Tekken. Kami cadangkan Terry Bogard pula selepas ini. Rising Tackle!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd