Cari @ Amanz

Walaupun terdapat sejumlah pengeluar yang telah mengguna-pakai dwi-kamera pada bahagian belakang, Samsung yang terkenal dalam arena telefon pintar masih belum hadir dengan telefon pintar yang menggunakan dwi-kamera. Galaxy Note 8 dikatakan akan menjadi antara yang terawal menggunakan dwi-kamera daripada Samsung.

Selain daripada Note 8, Samsung juga dilihat sedang membangunkan Galaxy C10 yang turut akan hadir dengan dwi-kamera dibelakang.

Sebuah gambar yang tertiris ke arena web kini memperlihatkan penggunaan dwi-kamera dibelakang yang disusun secara menegak – atas dan bawah.

Galaxy C10

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan dilancarkan kepada umum. Mungkin dengan pelancaran Galaxy C10 kelak, kita akan turut melihat pelbagai peranti berspesifikasi pertengahan akan dilancarkan dengan sokongan dwi-kamera belakang – apatah lagi dengan Samsung yang telah mengumumkan lensa ISOCELL dwi-kamera baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd