Nokia 105 Baru Diumumkan Dengan Skrin Lebih Besar

Nokia 105 Baru Diumumkan Dengan Skrin Lebih Besar

Diterbitkan pada July 17, 2017 oleh .

Masih terdapat pasaran untuk feature phone pada harga amat mampu milik. Oleh itu Nokia 105 versi terbaru dilancarkan hari ini dan merupakan peranti ketiga menggunakan nama ini sejak 2013.  Dengan model terkini skrin kini dipertingkatkan ke 1.8″ QVGA. Ia menggunakan sistem operasi Nokia Series 30+ , mempunyai memori sebesar 4 MB RAM dan storan 4 MB.

Dari segi rekaan ia sebuah peranti dengan rekaan klasik polikarbonat Nokia dengan kekunci fizikal. Bateri sebesar 800 mAH yang disertakan boleh ditanggalkan serta mampu bertahan sehingga sebulan. Hanya rangkaian 2G GSM disokong oleh Nokia 105. Harga jualan ialah $14.50 (RM 62) untuk satu SIM dan $15 (~RM 64) untuk model dwi-SIM. Warna yang ditawarkan pula ialah hitam,biru dan putih.


TIPS & ULASAN