Meizu Pro 7 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Julai Kelak

Meizu Pro 7 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Julai Kelak

Diterbitkan pada July 17, 2017 oleh .

Meizu Pro 7 telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini pihak Meizu mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar Meizu Pro 7 secara rasminya pada 26 Julai 2017 kelak.

Jemputan yang dihantar oleh Meizu ini juga selari dengan gambar tertiris sebelum ini, memperlihatkan rekaan skrin bersaiz kecil pada bahagian belakang peranti sebagai skrin kedua.

Meizu Pro 7

Menurut desas-desus sebelum ini, Meizu Pro 7 dijangka dilengkapi cip Helio X30 daripada MediaTek, dan turut menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Dengan penggunaan skrin pada bahagian belakang, ia mungkin memudahkan pengguna mengikuti perkembangan dan pelbagai notifikasi semasa tanpa perlu mengaktifkan skrin utama – sekaligus menjimatkan lagi penggunaan bateri pada peranti berkenaan.

Seperti biasa, kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Meizu Pro 7 ini secara rasminya pada 26 Julai kelak.


TIPS & ULASAN