Cari @ Amanz

Apple hari ini menyambut Hari Emoji Sedunia dengan mengumumkan sejumlah emoji baru yang bakal hadir ke peranti iOS, macOS dan juga watchOS pada tahun ini melalui kemaskini baru kelak.

Emoji Apple

Emoji baru yang akan hadir ini adalah termasuk emoji wanita bertudung, emoji sandwich, kelapa, T-Rex, zombie dan sejumlah emoji baru lain. Pengumuman Apple ini juga selari dengan pengenalan piawaian Unicode 10 yang telah diumumkan baru-baru ini yang menambah lebih 50 emoji baru sebagai piawaian terbaru.

Seperti biasa, Unicode akan mengeluarkan piawaian, dan pengeluar seperti Apple akan hadir dengan rekaan emoji khusus untuk platform mereka. Kita akan melihat emoji baru ini hadir melalui kemaskini sistem operasi akan datang masing-masing untuk iOS, macOS dan juga watchOS.

Selain itu, bersempena dengan Hari Emoji Sedunia ini juga, Apple kini memperlihatkan senarai filem di iTunes Movies menggunakan emoji sebagai tajuk filem.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd