Carian
Nokia 8 Dengan Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera ZEISS Tertiris
July 18, 2017 Aman

HMD Global dengan Zeiss baru sahaja mengumumkan kerjasama untuk penggunaan jenama Zeiss pada kamera telefon Nokia akan datang. Walaubagaimanapun, kita mungkin tidak perlu nantikan masa yang lama untuk melihat peranti pertama dengan kamera Zeiss dipasarkan oleh mereka.

Terkini, melalui sebuah gambar baru yang tertiris daripada VentureBeat, ia memperlihatkan telefon pintar berjenama Nokia akan datang, iaitu Nokia 8.

Nokia 8

Nokia 8 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 5.3-inci, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Apa yang menariknya selain daripada spesifikasi tinggi adalah penggunaan dwi-kamera 13-megapixel dibelakang menggunakan penjenamaan Zeiss.

Nokia 8 ini dikatakan bakal menggunakan sistem operasi Android 7.1.1 dan dilancarkan pada 31 Julai kelak.

Bagi anda, melalui gambar yang tertiris ini, apakah anda akan berminat untuk mendapatkannya apabila ia memasuki pasaran Malaysia?

Komen