Larangan Komputer Riba Di Dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat Berakhir Semalam

Larangan Komputer Riba Di Dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat Berakhir Semalam

Diterbitkan pada July 18, 2017 oleh .

Larangan membawa komputer riba dan tablet di dalam pesawat dikuatkuasakan oleh pihak pemerintah Amerika Syarikat pada Mac lalu. Beberapa lapangan terbang dan syarikat penerbangan dari negara majoriti Muslim terkesan dengan larangan ini. Ia memaksa syarikat seperti Etihad menawarkan khidmat menyewa komputer riba kepada penumpang kelas perniagaan mereka.

Semalam larangan ke atas penumpang Saudi Arabian Airlines ditarik semula. Syarikat penerbangan Saudi ialah yang terakhir di dalam senarai larang ini dan sekaligus menandakan berakhirnya perintah larangan elektronik ini. Kesemua syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang tersenarai sebelum ini telah memenuhi kehendak keselamatan yang diberikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. Saringan penumpang dan kargo yang lebih ketat adalah antara syarat yang dikenakan.


TIPS & ULASAN