Carian
Huawei Nova 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia
July 18, 2017 Effi Saharudin

Huawei Nova 2 dilancarkan penghujung Mei lalu untuk pasaran China. Dua model yang dilancarkan dilengkapi sistem dwi kamera 12+8 Megapixel dan kamera selfie 20-Megapixel. Bagi pengguna di Malaysia Huawei mengesahkan peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Huawei Nova 2

Melalui imej teaser rasmi yang kami terima, Nova 2 akan dilancarkan di Malaysia tetapi tiada tarikh dikongsikan setakat ini. Pihak Huawei juga tidak mengesahkan sama kedua-dua model (Nova 2 dan Nova 2 Plus) akan dilancarkan serentak.

Huawei Nova 2 dilengkapi skrin 5″ HD penuh, diperkasakan pemproses Kirin 659, memori sebesar 4 GB dan storan 64 GB. Nova 2 Plus pula dilengkapi skrin lebih besar 5.5″ dengan spesifikasi lain yang sama selain bateri lebih besar.

Komen