Netflix Kini Mempunyai Lebih Dari 100 Juta Pelanggan Di Seluruh Dunia

Netflix Kini Mempunyai Lebih Dari 100 Juta Pelanggan Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada July 18, 2017 oleh .

“Netflix dan Chill” memasuki kosa kata pengguna dunia pada tahun lalu apabila mereka mula menawarkan perkhidmatan penstriman video secara global. Syarikat yang memulakan operasi sebagai pekhidmatan sewaan DVD melalui surat ini sudah berubah menjadi syarikat penstiman video premium nombor satu di dunia. Mereka kini mempunyai 104 Juta pelanggan di seluruh dunia.

Pada waktu yang sama pada suku yang lalu sebanyak 5.5 Juta pelanggan baru dicatatkan. Ini melepasi sasaran mereka mereka untuk menambah 3.2 Juta pelanggan baru. Majoriti pelanggan Netflix juga kini adalah dari luar Amerika Syarikat.

Berita baik ini walaubagaimanapun sedikit dibayangi laporan negatif aliran tunai negatif $608 Juta serta kos operasi yang semakin meningkat. Sungguhpun begitu ia tidak mendatangkan impak negatif terhadap nilai saham Netflix yang melonjak 11% ke $178.85 seunit selepas laporan kewangan diumumkan.


TIPS & ULASAN