Wacom Cintiq Pro 32 Dan Pro 24 Dengan Skrin 4K Akan Dilancarkan Pada Awal 2018
Artikel Berkaitan

Wacom Cintiq Pro 32 Dan Pro 24 Dengan Skrin 4K Akan Dilancarkan Pada Awal 2018

Diterbitkan pada July 18, 2017 oleh .

Tahun lalu Wacom Cintiq Pro 13 dan Pro 13 dilancarkan. Ia adalah keluarga monitor komputer yang menyokong teknologi stylus Wacom terus pada skrin. Ini membolehkan karya digital dihasilkan oleh golongan artis walaupun ketika di luar studio. Hari ini Wacom mengumumkan mereka akan melancarkan dua lagi model Cintiq Pro dengan resolusi 4K.

Wacom Cintiq Pro 24 dan Pro 32 masing-masing dilengkapi skrin 24″ dan 32″ dengan resolusi 4K. Kedua-dua model akan menyokong penggunaan Pro Pen 2 yang mengesan 8192 tahap tekanan dan 60 sudut sendeng ketika digunakan. Wacom Cintiq Pro 24 akan dijual pada harga $1999 (~RM 8572) manakala Cintiq Pro 32 pula dijual pada harga $3299 (~RM 14,139).


TIPS & ULASAN