Dengan perkhidmatan atas talian, memesan makanan kini semudah menekan beberapa butang pada skrin peranti atau komputer. Di Malaysia terdapat banyak perkhidmatan penghantaran makanan yang membolehkan anda membeli makanan tanpa perlu keluar dari rumah. Di Jepun mereka maju selangkah lagi dengan perkhidmatan penghantaran sushi menggunakan robot swapandu.
Robot CarriRo Delivery dihasilkan oleh firma ZMP. Mereka bekerjasama dengan Ride On Express untuk memulakan perkhidmatan penghantaran sushi menggunakan robot bermula Ogos hadapan. Robot setinggi satu meter ini mampu membawa makanan untuk 60 0rang pelanggan dengan kelajuan maksimum 6 km/j.
Di Jepun terdapat fenomena Hikikomori di mana individu tidak pernah keluar dari rumah dan mengelak dari berinteraksi dengan manusia lain selama bertahun lamanya. Robot seperti CarriRo Delivery ini memenuhi keperluan golongan ini.