Cari @ Amanz

Pihak Xiaomi berkongsi imej teaser peranti mereka yang bakal dilancarkan 26 Julai hadapan. Peranti Xiaomi Mi 5X ini turut akan dilancarkan dengan pelancar baru MIUI 9. Ia turut dilengkapi sistem dwi-kamera, tubuh logam dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Sekilas pandang rekaan peranti ini mengambil inspirasi dari iPhone 7 Plus dan OnePlus 5.

Ura-ura yang didengari setakat ini ialah ia dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 4 GB RAM, storan 64 GB dan kamera utama 12+12 Megapixel. MIUI 9 ialah pelancar terkini yang berasaskan Android 7.1.1. Poster untuk peranti ini tertiris semalam dengan harga jualan RMB 1999 (~RM 1267).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd