Cari @ Amanz

Illegear, sebuah syarikat pembuat gaming laptop dan komputer desktop yang berasal dari Malaysia baru sahaja mengumumkan pra-tempahan untuk gaming laptop terbaru mereka, iaitu Illegear S5X.

Laptop ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dan dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060. Spesifikasi-spesifikasi yang lain termasuklah memori DDR4 yang boleh dimuatkan sehingga 32GB, pilihan storan SSD SATA sehingga 2TB dan storan SSD M.2 sehingga 512GB.

Menurut laporan daripada Lowyat.net, walaupun buat masa ini laptop Illegear S5X ini akan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 sahaja, Illegear mempunyai pelan untuk memuatkan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 yang direka menggunakan teknologi NVIDIA Max-Q kedalam laptop tersebut tidak lama lagi.

Buat masa ini, laptop Illegear S5X ini hadir dengan tanda harga asas RM6899 dan pengubahsuaian spesifikasi boleh dilakukan melalui laman web Illegear.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd