Cari @ Amanz

Google Glass merupakan kaca mata pintar yang telah diperkenalkan beberapa tahun lepas, tetapi tidak menerima sebarang kemaskini baru selepas itu. Ramai mengatakan Google Glass telah mati – tetapi kini Alphabet menidakkannya dengan mengumumkan versi baru dinamakan Google Glass Enterprise Edition.

Kaca mata pintar baru ini hadir dengan kamera yang dinaik-taraf kepada 8-megapixel berbanding 5-megapixel sebelum ini, dilengkapi cip Intel Atom yang lebih pantas – sekaligus membawakan sejumlah penambah-baikkan seperti pada pemprosesan, masa bertahan bateri dan juga sambungan WiFi.

Google Glass

Alphabet turut mengatakan rekaan baru adalah lebih ringan dan sesuai untuk dipakai untuk tempoh masa lama berbanding sebelum ini.

Beberapa contoh diberikan oleh Alphabet untuk penggunaan kaca mata pintar ini, termasuk di kilang atau gudang untuk memudahkan lagi pengurusan dan simpanan melalui bantuan visual, selain dikalangan doktor dan sebagainya.

Penawaran kaca mata pintar ini untuk para pengguna perusahaan lebih masuk akal berbanding dengan kepada pengguna umum – yang mana kosnya lebih mahal, dan penggunaannya masih tidak meluas memandangkan sokongan aplikasi dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd