Pra-Tempahan Untuk SNES Classic Mini Dan Super FAMICOM Mini Dimulakan Di Malaysia

Pra-Tempahan Untuk SNES Classic Mini Dan Super FAMICOM Mini Dimulakan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 19, 2017 oleh .

Nintendo pada tahun ini telah mengumumkan dua konsol klasik mereka yang ditawarkan kembali untuk para peminat – iaitu Super NES Classic Mini dan juga Super Famicom Mini. Ia telah diumumkan untuk beberapa pasaran sebelum ini, dan kini pengguna tempatan yang berminat turut boleh membuat pra-tempahan untuknya pada harga masing-masing berharga RM499.

Super FAMICON Mini

Super FAMICOM Mini hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja sebelum ini, dan kini pra-tempahan untuknya telah mula diambil oleh penjual tempatan seperti GamersHideout. Melalui konsol yang mengembalikan nostalgia klasik ini, ia hadir dengan dua alat-kawalan, serta dilengkapi sejumlah permainan. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM499, dan dijangka hadir sekitar 5 Oktober 2017 kelak.

Nintendo SNES Classic

Super NES Classic Mini turut hadir dengan penawaran yang lebih kurang sama, mengembalikan nostalgia era 16-bit dan hadir dengan sekitar 21 permainan secara percuma terbina padanya. Konsol ini juga akan ditawarkan pada harga RM499 dan dijangka hadir sekitar 29 September 2017 ini.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh membuat pra-tempahan untuknya, dan kembali memainkan sejumlah permainan pada era 16-bit melaluinya.


TIPS & ULASAN