Cari @ Amanz

Pada bulan April yang lepas, Nintendo telah mengumumkan Nintendo 2DS XL baru dengan rekaan boleh-lipat, dan mengatakan ia akan dijual bermula bulan Julai 2017. Kini, seperti dijanjikan, ia akan mula dijual tidak lama lagi – dan menariknya, ia turut akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Nintendo 2DS XL baru ini menawarkan konsol mudah-alih dengan skrin bersaiz lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dilengkapi butang C-Stick untuk kawalan lebih jitu, serta sokongan Amiibo pada skrin kedua.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna putih, jingga, hitam dan turqoise pada harga RM949 – dan dilengkapi jaminan setahun oleh pengedar tempatan, Maxsoft. Bagi anda yang membuat pra-tempahan juga, berpeluang memilih dua permainan percuma untuk dimainkan bersama Nintendo 2DS XL baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd