Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S9 masih mempunyai masa pembangunan beberapa bulan lagi, sebelum dilancarkan sekitar Februari atau Mac 2018 kelak. Walaubagaimanapun, ia tidak menghentikan ura-ura awal berkaitan dengannya hadir ke arena web.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Galaxy S9 akan mengekalkan saiz dan rekaan skrin lebih kurang sama seperti Galaxy S8 pada tahun ini. Dua variasi dijangka ditawarkan, iaitu Galaxy S9 dengan skrin bersaiz 5.8-inci, dan Galaxy S9+ dengan skrin bersaiz 6.2-inci – lebih kurang sama seperti pada keluarga Galaxy S8 tahun ini.

Ia dijangka mengekalkan rekaan Infinity Display dengan bingkai tepi yang nipis seperti Galaxy S8.

Walaubagaimanapun, sedikit berbeza, Samsung dikatakan sedang berusaha untuk mencari kaedah untuk mengintegrasikan pengimbas cap jari terus paa skrin. Selain daripada cabaran teknikal, Samsung juga perlu memastikan mereka dapat memenuhi pengeluaran untuknya kelak.

Sekiranya mereka berjaya mengintegrasikan pengimbas cap jari terus pada skrin, maka ia akan membolehkan rekaan belakang kerangka yang lebih kemas – serta memberikan ruangan untuk dwi-kamera belakang, berbeza dengan Galaxy S8 yang dikritik ramai kerana posisi pengimbas cap jarinya.

Seperti biasa, ini sekadar desas-desus awal sahaja, dan tiada sebarang komen rasmi berkaitan dengannya daripada Samsung buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd