Mira Prism – Kaca Mata AR Khas Untuk iPhone

Mira Prism – Kaca Mata AR Khas Untuk iPhone

Diterbitkan pada July 19, 2017 oleh .

Dengan ARKit Apple memasuki persada dunia augmented reality. Beberapa demo awal yang diperlihatkan di WWDC menunjukkan penggunaan teknologi ini dalam kegunaan seharian. Tetapi memegang peranti untuk menggunakan AR adalah kurang mesra pengguna. Oleh itu kaca mata Mira Prism dihasilkan khas untuk iPhone.

Kaca mata ini bertindak sebagai cagak iPhone yang dipakai terus pada bahagian kepala. Cermin pada bahagian hadapan Mira Prism memantul skrin iPhone dan memberikan ilusi imej AR terapung di hadapan mata pemakai. Ia dijual pada harga $99 (RM 424) sebuah dan hadir dengan sebuah alat kawalan. Buat masa ini ia hanya menyokong iPhone 6. 6S dan 7.

Bagi pengguna Android terdapat kaca mata AR Aryzon yang diperbuat daripada kadbod. Ia menggunakan konsep yang sama dan dijual pada harga sekitar RM 115 sepasang.


TIPS & ULASAN