Cari @ Amanz

Humble Bundle mungkin sangat popular dikalangan para peminat permainan video pada PC, memandangkan anda boleh mendapatkan sejumlah permainan menarik dan popular pada harga sumbangan serendah $1. Terkini, untuk tempoh dua minggu ini, Humble Bundle bekerjasama dengan studio Telltale untuk menawarkan permainan mereka melalui Humble Telltale Bundle.

Pada harga sumbangan minima $1, pengguna akan menerima sehingga 9 permainan, iaitu:

  1. Sam & Max : Season 1
  2. Sam & Max : Season 2
  3. Puzzle Agent 1
  4. Puzzle Agent 2
  5. Bone – Episode 1 & 2
  6. Hector : Badge of Carnage
  7. Telltale Texas Hold’em
  8. Poker Night at the Inventory
  9. The Walking Dead – Season 1

Pada harga sumbangan minima pula, pengguna akan menerima empat permainan tambahan lagi, iaitu:

  1. The Walking Dead : Michonne
  2. Tales from the Borderlands
  3. The Walking Dead – Season 2
  4. Game of Thrones

Dan pada sumbangan sekurang-kurangnya $15, pengguna akan menerima permainan:

  1. Batman – The Telltale Series
  2. Minecraft : Story Mode
  3. Minecraft : Story Mode – Adventure Pass

Permainan ini ditawarkan melalui Steam, dan terdapat beberapa permainan yang turut menyokong Mac.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd