Cari @ Amanz

Setelah beberapa kali ditangguhkan, fungsi Bixby Voice mula diaktifkan kepada pemilik Samsung Galaxy S8 dan S8+ di seluruh dunia. Bixby Voice mempunyai fungsi yang sama seperti Google Assistant dan Siri. Pengguna boleh mengawal peranti dan menyoal Bixby Voice dengan menggunakan kawalan suara sepenuhnya.

Sebelum ini Bixby Voice hanya menyokong bahasa Korea dan diaktifkan di negara tersebut sahaja. Hanya sebilangan kecil pengguna ditawarkan menggunakan versi Beta Bixby Voice dalam bahasa Inggeris. Kerana ia aplikasi pembantu maya yang dibangunkan oleh Samsung, ia mempunyai beberapa fungsi unik yang tidak ditemui pada Google Assistant.

Sebagai contoh Bixby Voice boleh diarahkan menurunkan membuka menu spesifik pada skrin tetapan peranti atau menangkap gambar skrin sebelum menghantarnya kepada individu tertentu. Di Malaysia fungsi Bixby Voice masih belum diaktifkan buat masa ini walaupun sebuah kemaskini bersaiz hampir 800 MB boleh dimuat turun pagi tadi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd