Fender Melancarkan Pembesar Suara Bluetooth Yang Kelihatan Seperti Amp Gitar Elektrik

Fender Melancarkan Pembesar Suara Bluetooth Yang Kelihatan Seperti Amp Gitar Elektrik

Diterbitkan pada July 19, 2017 oleh .

Fender Stratocaster ialah gitar legenda yang digunakan oleh pemain gitar ternama seperti Stevie Ray Vaughn dan Jimi Hendrix. Bagi mereka yang tidak berbakat bermain gitar, anda kini boleh memiliki pembesar suara bluetooth yang mempunyai rekaan seperti amp gitar elektrik Fender.

Dua model dihasilkan iaitu Monterey dan Newport. Monterey ialah versi lebih besar dilengkapi sepasang woofer 5.12″ dan tweeter 1″. Ia mempunyai kuasa 120 Watt dengan harga jualan $350 (~RM 1500) sebuah. Newport pula sebuah pembesar suara mini mudah alih 30 Watt yang menggunakan kuasa bateri. Menurut Fender ia boleh berfungsi selama 12 jam. Apabila ditambat secara bluetooth kepada peranti ia boleh berfungsi sebagai pembesar suara telefon. Newport pula dijual pada harga $200 (~RM 857) sebuah.

Bagi memastikan audio berkualiti tinggi, sistem audio aptX dan ACC disokong. Kesemua tombol kawalan pula diperbuat daripada logam dan menyerupai apa yang ditemui pada amp gitar elektrik sebenar.


TIPS & ULASAN