(Ura-Ura) iPhone 8 Akan Mempunyai Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Butang Kuasa

(Ura-Ura) iPhone 8 Akan Mempunyai Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Butang Kuasa

Diterbitkan pada July 19, 2017 oleh .

Terdapat terlalu banyak khabar angin yang didengari mengenai iPhone 8. Ada yang menjadi kenyataan seperti rekaan hampir semua-skrin. Fungsi lain seperti pengimbas TouchID terbina pada skrin kerap didengari tetapi masih belum boleh disahkan. Kali terakhir ia dilaporkan bermasalah dan Apple mungkin mengambil langkah drastik menggunakan sistem imbasan 3D wajah sebagai ganti.

iPhone 8

Menurut laporan Forbes, iPhone 8 mungkin dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Imej CAD terkini yang diterima oleh mereka menunjukkan butang kuasa yang lebih besar dari yang ditemui pada iPhone lain sebelum ini. Ini menurut mereka mungkin petanda iPhone 8 akan mempunyai pengimbas cap jari seperti yang ditemui pada Sony Xperia XZ Premium. Sebelum ini Apple memfailkan paten pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa untuk iPad.

Kesemua ini masih lagi spekulatif dan tidak boleh disahkan. Bagi peminat tegar iPhone, peranti ini pasti wajib dimiliki kerana membawa rekaan baru serta menyambut ulang tahun ke-10 pelancaran iPhone.


TIPS & ULASAN