Avast Mengambil-Alih Piriform – Syarikat Disebalik CCleaner

Avast Mengambil-Alih Piriform – Syarikat Disebalik CCleaner

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Piriform merupakan salah satu pembangun perisian komputer yang popular, terutamanya melalui penawaran mereka yang dinamakan CCleaner yang memudahkan pengguna membuang pelbagai fail yang tidak digunakan, selain Recuva yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan kembali fail yang hilang atau terpadam tanpa sengaja.

Kini, syarikat yang telah dimulakan sekitar 2004 yang lepas berkenaan telah pun diambil-alih oleh syarikat perisian sekuriti popular, Avast.

Pengambil-alihan ini dikatakan melengkapkan lagi strategi dan penawaran pihak Avast yang memfokuskan kepada sekuriti dan prestasi sistem yang sangat baik.

Sebelum ini, Avast turut telah mengambil-alih pengeluar perisian sekuriti percuma popular, AVG. Walaupun diambil-alih, Piriform akan terus menawarkan perisian mereka dibawah jenama sedia ada seperti biasa buat masa ini.


TIPS & ULASAN