The Wolf Among Us 2 Dan The Walking Dead Final Season Akan Hadir Pada Tahun 2018

Diterbitkan pada July 20, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telltale Games ialah studio yang ternama dengan permainan berbentuk pengembaraan dengan penekanan terhadap jalan cerita yang bercabang. Disamping The Walking Dead, permainan The Wolf Among Us ialah antara yang mempunyai jumlah peminat yang tinggi.

Pagi ini Telltale Games mengesahkan The Wolf Among Us 2 akan hadir tahun hadapan. Kesinambungan permainan ini amat dinantikan kerana episod terakhir musim pertama hadir pada tahun 2014.

Turut disahkan akan hadir tahun hadapan ialah The Walking Dead The Final Season. Musim terakhir pengembaraan Clem di dalam dunia pasca zombie akan akhirnya pasti akan menimbulkan pelbagai emosi. Bagi peminat siri-siri keluaran Telltale Games ini, masa untuk mengumpul dana sekarang sebelum pelancarannya kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami