WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat panggilan suara atau panggilan video menggunakan aplikasi mereka. Walaubagaimanapun, sehingga kini, sekiranya anda tiba-tiba ingin melihat pemanggil, anda perlu menamatkan panggilan suara dan membuat panggilan baru untuk panggilan video.
Perkara ini mungkin tidak begitu mesra pengguna, dan WhatsApp dilihat ingin mengubahnya.
Kini, WhatsApp sedang membangunkan ciri baru yang membolehkan pengguna mengubah daripada panggilan audio kepada video dengan hanya menekan pada satu butang khusus – tanpa perlu menamatkan panggilan.
Disamping itu, WhatsApp juga turut menguji kebolehan untuk “mute” video ketika dalam panggilan video – membolehkan anda tidak memperlihatkan video, sekaligus menjimatkan data anda.
Kedua-dua ciri baru ini masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan kepada umum secara rasminya.