CEO HMD Global Arto Numella Meletakkan Jawatan Secara Mengejut

CEO HMD Global Arto Numella Meletakkan Jawatan Secara Mengejut

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Tahun ini tahun kebangkitan Nokia dengan pelancaran secara global peranti Android mereka. Di separuh kedua 2017, mereka akan melancarkan peranti utama mereka pula dalam bentuk Nokia 8. Oleh itu amat mengejutkan apabila CEO HMD Global, yang memegang hak penggunaan nama Nokia meletakkan jawatan secara mengejut.

HMD Global

Siaran berita per letakkan jawatan Arto Nummela dikeluarkan oleh HMD Global semalam. Jawatan CEO kini diambil alih oleh Florian Seiche yang juga merupakan presiden HMD Global. Pihak HMD Global mengucapkan terima kasih ke atas Arto Numella atas usaha beliau mengembalikan jenama Nokia di dalam dunia penghasilan peranti mudah alih. Tiada sebab peletakan jawatan diberikan. Sebelum mengemudi HMD Global, Arto Numella bertugas di Nokia selama 17 tahun.


TIPS & ULASAN